Khamis, 3 Disember 2015


CORETAN MINGGU PERTAMA 

Alhamdulillah diatas limpahan rezeki daripada Allah.

Hari pertama kami memulakan perniagaan ini,orang yang teristimewa telah membooking untuk bermalam di homesatay .Beliau telah memilih hari mulia iaitu Jumaat 27 November 2015 .Tarikh yang berkat itu telah membuka lembaran baru kehidupan kami.

Pada hari Sabtu 28 November pula,selepas selesai menghadiri majlis perkahwinan di Kg Datok Kayaman, Kg.Chelong dan mengerjakan solat di sebuah masjid di Arau.Kami dikejutkan pula dengan panggilan untuk menempah homestay .Lantas,kami segera pulang menuju ke homestay.Betapa gembiranya hati kami.Satu keluarga dari Baling meninjau sendiri mencari-cari homestay.Akhirnya homestay kami yag dipilihnya. Alhamdullilah 3 malam keluarga tersebut berada di sana.

Kami menunggu lagi.Kami juga membuat pelbagai iklan untuk mempromosikan Husna Homestay Perlis ini.Termasuklah di internet,papan tanda, whatsup dll. Akhirnya seorang rakan lama menelefon untuk  menempah lagi homestay ini.Katanya untuk rakannya dari Melaka yang akan berkunjung ke Perlis iaitu dari 24,25 dan 26 Disember nanti.

Tiada kata-kata yang indah untuk kami lafazkan kehadrat Allah Taala.
Alhamdulillah...Subhanallah.Ini semua adalah kurniaan daripada Allah.