Khamis, 3 Disember 2015
CORETAN MINGGU PERTAMA
Alhamdulillah diatas limpahan rezeki daripada Allah.
Hari pertama kami memulakan perniagaan ini,orang yang teristimewa telah membooking untuk bermalam di homesatay .Beliau telah memilih hari mulia iaitu Jumaat 27 November 2015 .Tarikh yang berkat itu telah membuka lembaran baru kehidupan kami.
Pada hari Sabtu 28 November pula,selepas selesai menghadiri majlis perkahwinan di Kg Datok Kayaman, Kg.Chelong dan mengerjakan solat di sebuah masjid di Arau.Kami dikejutkan pula dengan panggilan untuk menempah homestay .Lantas,kami segera pulang menuju ke homestay.Betapa gembiranya hati kami.Satu keluarga dari Baling meninjau sendiri mencari-cari homestay.Akhirnya homestay kami yag dipilihnya. Alhamdullilah 3 malam keluarga tersebut berada di sana.
Kami menunggu lagi.Kami juga membuat pelbagai iklan untuk mempromosikan Husna Homestay Perlis ini.Termasuklah di internet,papan tanda, whatsup dll. Akhirnya seorang rakan lama menelefon untuk menempah lagi homestay ini.Katanya untuk rakannya dari Melaka yang akan berkunjung ke Perlis iaitu dari 24,25 dan 26 Disember nanti.
Tiada kata-kata yang indah untuk kami lafazkan kehadrat Allah Taala.
Alhamdulillah...Subhanallah.Ini semua adalah kurniaan daripada Allah.
Isnin, 30 November 2015
Husna Homestay
ADDRESS:
NO.34,JLN TEMBUSU,TMN JEJAWI,PERLIS.
NEAR THE MOSQUE, HJ ADNAN CLINIC, U-STATION, ECO
SUPERMARKET, 7-ELEVEN, UMBUT RESTAURANT, SMK SYED SIRAJUDDIN
3 AIRCONDS
2 PARKING
3 BEDROOMS
ASTRO
TEL: 012-5099180
Langgan:
Catatan (Atom)